Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 6, 2014

DAKWA ANWAR HINA MAHKAMAH



PENULIS menyambut baik keputusan Peguam Negara untuk membangkitkan soal menghina Mahkamah oleh Anwar Ibrahim dalam prosiding kes liwatnya pagi tadi. Patutnya bukan dia saja, culai-culainya yang lain di luar Mahkamah itu pun patut dikenakan tindakan sekali.

Untuk makluman, dah banyak kali dah perkara macam ini berlaku, tapi setiap kali itulah tidak ada tindakan dikenakan, entah apa istimewanya Anwar ini dimata mereka.

Tapi kalau ada laporan oleh peguam Anwar ke atas orang-orang berkaitan UMNO, cepat pulak pejabat AG ambil tindakan. Macam kes seorang blogger yang dihukum penjara sebulan kerana kononnya menghina seorang bekas hakim dululah Laporan berkenaannya pula dibuat oleh yang kini ‘bekas manusia’ (dah meninggallah tu).

Yang Anwar berulang kali mempersoalkan Mahkamah walaupun kesnya masih berjalan, tidak dikenakan tindakan. Ini yang musykil.

Sebab itu bila pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah membangkitkan soal penghinaan Mahkamah oleh Anwar atas arahan pejabat AG, kita terperanjat sekejap dan tertanya-tanya, “baru bangun ke orang-orang di pejabat AG”?

Begitupun, lebih baik ada dari tiada langsung.

Cuma harapannya selepas ini ‘kecepatan’ yang sama boleh ditunjukkan dalam kes-kes yang lain berkaitan pemimpin pembangkang. Puak-puak ini lain kerja takde, asyik nak mempersoalkan undang-undang dan sistem keadilan negara kita, kalau kena batang hidung mereka.

Kalau kena yang ternampak macam sebelah kita, ada pulak pengecualian. Macam nak dakwa Ibrahim Ali dibawah Akta Hasutan. Bab ini ada pulak pengecualian, kalau tak tu kang, segala jahat dan zalimlah Akta Hasutan ni.

Pendek kata politik dan politik tak habis-habis.

Jadi eloklah diteruskan tindakan menghina Mahkamah ini ke atas Anwar. Penulis bagaimanapun minta agar kes itu tidak mengganggu kes liwatnya yang sedang masuk peringkat akhir sekarang ini. Tak sabar nak tengok dia kembali ke asalnya, macam sireh pulang ke ganggang pulak.





0 comments:

share2