Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 8, 2014

CAMERON HIGHLANDS : KERAJAAN MULA KERJA MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM BULAN DEPAN



Kerja-kerja mendalamkan dan membaiki tebing Sungai Bertam dijangka bermula pada bulan depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.

Beliau berkata, projek itu boleh dimulakan selepas isu dan pampasan membabitkan 11 lot tanah persendirian di Lembah Bertam yang dilanda banjir pada Oktober tahun lepas selesai.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan melalui peruntukan RM40 juta yang diluluskan kerajaan tahun lepas.

"Walaupun peruntukan itu diluluskan lebih awal namun ia akan dilaksanakan selepas isu tersebut dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, Sabtu.

Katanya, kerja membaiki tebing termasuk meluruskan sungai perlu dilaksanakan bagi mengelak kejadian banjir di kawasan itu berulang.

Mengenai peruntukan RM40 juta bagi pemuliharaan Tasik Ringlet, Palanivel berkata beliau akan membincangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan.

"Ekoran hujan lebat air melimpah dan menyebabkan kawasan Kampung Baru, Ringlet dilanda banjir. Oleh kerana itu pemuliharaan sungai perlu dilaksanakan," katanya.

0 comments:

share2