RAUB - Seorang lelaki berusia 20-an maut kepala terputus ketika cuba menebang sebuah pokok kayu balak dalam hutan berhampiran Lata Jarum, Dong, dekat sini jam 5.30 petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, mangsa yang dikatakan berasal dari Jerantut itu mengambil upah menebang balak bersama dua rakannya.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dan rakannya cuba menebang sebatang pokok balak yang telah mati di mana mangsa bertindak memegang tali manakala rakannya memotong pokok terbabit.
“Bagaimanapun, ketika menebang pokok tersebut, dipercayai tali yang dipegang mangsa terbelit di kepala menyebabkan kepala mangsa terputus.
“Rakan mangsa ketika itu tidak menyedari kejadian terbabit mencari mangsa yang didapati hilang secara tiba-tiba namun menjumpai mangsa tidak lama kemudian dalam keadaan kepala terbelit pada tali,” katanya.
Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.
“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
0 comments:
Post a Comment