Seorang pemancing dari kota Arkangelks, Aleks Korobov, 50, telah memancing seekor ikan yang mempunyai gigi seperti manusia di Sungai Dvina Utara di wilayah barat laut Russia.
Menurut Kompas.com, Aleks menyedari keunikan ikan tersebut selepas mencabut mata kail dari mulutnya. Dia kemudiannya pergi ke sebuah pub untuk menunjukkan ikan tersebut kepada rakan-rakannya.
Aleks juga menghubungi Institut Perikanan dan Kelautan untuk melakukan autopsi pada ikan tersebut. Menurut seorang pakar, Gennady Dvorykankin, ikan itu merupakan ahli keluarga piranha tetapi bukan ikan jenis pemakan daging sebaliknya ia adalah ikan piranha herbivor.
0 comments:
Post a Comment