
Pagi semalam kira-kira 100 orang berkumpul di depan bangunan parlimen membantah kenaikan harga minyak minggu lepas. Macam biasa, walaupun yang menjalankan bantahan tersebut adalah NGO-NGO dengan pelbagai nama, tapi kita semua tahulah mastermind di belakang adalah parti-parti pembangkang.
Yang tak tahan dalam demo tersebut ialah tindakan beberapa orang pemuda India membawa pinggan berisi pasir seolah-olah kenaikan 20 sen/liter itu menyebabkan rakyat makan pasir, come onlah.
Dari orang nak simpati dan menyokong demonstrasi berkenaan, langsung naik menyampah.
Penulis pun terasa juga dengan kenaikan itu tapi taklah ketahap buat benda-bodoh macam ini. Jangan kata makan pasir, penulis menanti-nanti satu contoh hidup rakyat Malaysia ini yang kebuluran dengan kenaikan 20 sen/liter tersebut.
Kalau ada yang dulu kaya tapi bila minyak naik 20 sen, jatuh bankrap, ada? Kalau dulu makan 3 kali sehari bila minyak naik 20 sen terus tak makan, ada?
Jika ada sila bawa satu contoh dari keseluruhan 30 juta rakyat Malaysia ini supaya boleh kita jadikan tauladan. Yang penulis tahu, semuanya nampak berjalan seperti biasa walaupun dalam hati ada juga membuku sedikit sebanyak.
Sebab itulah penulis katakan pembangkang di Malaysia ini takde otak. Rakyat Malaysia tak boleh langsung nak harap pada mereka untuk menggantikan BN, maka sebab itulah kita masih menang dalam PRU13 dan beberapa pilihanraya kecil selepas itu (termasuk merampas parlimen Teluk Intan dari DAP).
Bukan sebab kita (BN) ni perfect sangat, tapi sebab pembangkang bodoh tak bertempat.

0 comments:
Post a Comment