Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 17, 2014

MAHKAMAH BATAL SAMAN ADINDA SULTAN KELANTAN


Kuala Lumpur - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini membatalkan saman yang difailkan adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah semasa keluar dari Istana Mahkota, Kubang Kerian menuju ke lapangan terbang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad agar saman dibatalkan selepas plaintif (Tengku Muhammad Fakhry dan peguam barunya gagal hadir pada prosiding kes itu.

Mahkamah turut menetapkan plaintif membayar kos sebanyak RM5,000 namun dengan kebebasan kepada plaintif untuk memfailkan semula saman itu.

0 comments:

share2