17hb Oktober 2014.
Bagi sahabat-sahabat dari Pulau Pinang dan Perak mereka bermula sejak awal pagi. Meredah gelap dan kabus pagi menuju Ibu Kota, Kuala Lumpur dimana kesemua peserta berkumpul.
Waktu yang ditetapkan untuk berlepas adalah Jam 1.00 petang. Ada antara kawan-kawan tiba lebih awal dari waktu itu, namun bagi yang tiba tepat pada waktunya masih terpaksa menunggu-nunggu dan tertanya-tanya;.. dimanakah bas-nya dan siapa yang akan di temui? "Bas lewat tiba" demikian kata Cik Zura (Pegawai dari Muzium Pahang).
Akhirnya bas bergerak... melepasi tol Gombak ... melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Seperti biasa, didalam bas riuh rendah dan ceria dengan cerita-cerita yang tidak berpenghujung. Kami melalui Genting Sempah ... dan dimaklumkan bahawa dibawahnya dibina terowong yang akan membekalkan air dari Pahang ke Selangor bagi projek air Langat 2.
Tiba di tol Bentong bas berhenti untuk mengambil seorang penumpang.. pengamal media sosial Pahang. Kami berhenti lagi di Hentian Temerloh untuk makan petang ... ditaja oleh pihak Muzium Pahang.
Akhirnya kami tiba di Hotel Shahzan Inn, Kuantan hampir jam 7.00 lewat dari sasaran. Kepenatan kerana perjalanan yang jauh namun kami gembira dan ceria bertemu kawan-kawan seperjuangan dari Pahang.
Kami hanya ada masa yang sedikit untuk berehat dan menyiapkan diri kerana menurut jadual pada pukul 7.45 malam kami akan ke Muzium Seni mengikuti acara dan makan malam.
Di Muzium Seni Pahang.
Kami bertemu dengan ramai penggiat media sosial Pahang... yang baru dan yang lama. Kami berkenal-kenalan. Ada ramai juga penggiat media arus perdana dimajlis berkenaan.
Makan malam yang sederhana ditaja oleh pihak Muzium Pahang.
YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pahang memberi ucapan alu-aluan dan meraikan sahabat-sahabat media.
Kami terlebih dahulu diberikan taklimat dan maklumat dalam sidang media sebelum dibawa melawat lukisan yang disediakan di Muzium Seni Pahang ini dan pameran bertajuk " Siri Rasa Bertuhan" mempamirkan hasil karya yang sangat menarik yang sukar digambarkan.
Malam itu berakhir dengan sembang santai bersama YB Dato' Sharkar. Peserta duduk semeja dan berbual-bual berbagai topik sambil bercerita kisah-kisah semasa. Ramai penggiat media dari luar memuji Dato' Sharkar mudah mesra dan senang didekati. Acara berakhir dengan beberapa buah lagu nyanyian penggiat media.
Malam makin larut, esok kami semua harus bangun pagi-pagi kerana acara seterusnya akan berlangsung di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.
Catatan terakhir sebelum pejamkan mata: Tidurlah mata... tidurlah.. hari esok matahari bakal terbit dan bersinar lebih indah!
- Catatan dari salah seorang peserta
0 comments:
Post a Comment