Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 30, 2014

KUANTAN : BERIBU SERBU STADIUM DARUL MAKMUR




Stadium Darul Maklur Kuantan diserbu sejak pukul 3.00 pagi tadi oleh peminat-peminat bola sepak untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir diantara pasukan Pahang dengan Johor di Stadium Bukit Jalil pada hari sabtu nanti.

Crew pahangKu yang berada di sana seawal jam 3.00 pagi melaporkan bahawa sudah ada kira-kira 200 orang yang bersedia untuk mendapatkan tiket.

Sehingga jam 10.00 pagi apabila kaunter tiket mula dibuka, sudah ada kira-kira seribu orang yang sedang beratur.

Untuk makluman, sebanyak 40 ribu tiket diperuntukkan kepada penyokong Pahang serta jumlah yang sama juga untuk penyokong Johor, sementara 10 ribu diperuntukkan bagi jualan dalam talian.

Bagaimanapun menurut laporan, laman web yang mengendalikan jualan dalam talian masih tidak dapat dimasuki atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Ini sangat mengecewakan para peminat bola sepak.







0 comments:

share2