Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 14, 2014

HATI-HATI DENGAN PENDAKWAH MEDIA MAYA


Jailani Johari


Hulu Terengganu - Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah menerima ajaran agama melalui media maya dan pendakwah dari luar negara yang mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, umat Islam di negara ini harus berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba menyebarkan fahaman Islam liberal di negara ini.

"Pada masa sama umat Islam juga dinasihatkan tidak mudah menerima pengajaran agama menerusi internet yang tidak diketahui sumber sebenarnya dan mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

"Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dipaparkan dalam internet, jika merasa sangsi, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dewan serbaguna Masjid Kampung Menerong, Ajil di sini.

Jailani berkata, sejak kebelakangan ini semakin banyak bahan agama dipaparkan melalui internet yang tidak diketahui sejauh mana kesahihan dan kebenarannya.

Mengenai pendakwah luar Jailani berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati kerana semakin ramai pihak yang menyamar sebagai pendakwah tetapi mereka sebenarnya oportunis Islam yang mempunyai kepentigan dengan berselindung sebagai pendakwah.

Semalam akhbar melaporkan tokoh Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla dilarang memasuki negara ini kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau dan seterusnya menghalang kehadiran Ulil yang dijadualkan mengadakan ceramah di negara ini pada 15 Oktober ini yang mendapat jemputan beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) di sini.

Sumber

Dewasa ini bukan sedikit mereka yang berlagak bagaikan ustaz dan pendakwah di media-media sosial serta didalam group-group whatsapp dan telegram.

Seorang rakan menyetakan rasa bosannya bila didalam group whatsapp yang dia ada didalammya terpaksa setiap hari berhadapan dengan perdebatan dengan 'ustaz-ustaz google' didalam group whatsapp 'Debat Pahang'.

Beliau yang sangat kenal dengan perwatakan peribadi 'En Jamil' (bukan nama sebenar) dan 'Carl L' (bukan nama sebenar) yang sentiasa menyalahkan orang lain dalam hal-hal berkaitan ugama sedangkan hakikatnya mereka sendiripun tidak ketentuan.


~ Editor


0 comments:

share2