Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 12, 2014

CEMARI SUNGAI SELANGOR, 3 LOJI UTAMA DITUTUP

Mohamed Azmin Ali



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tiga loji utama di Sungai Selangor terpaksa ditutup kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat," katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, beliau telah meminta pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Luas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan situasi kejadian ini.

"Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran diesel di loji-loji berkenaan.

Menurut Mohamed Azmin lagi, semua loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 yang ditutup telah mula beroperasi mulai jam 4.30 pagi ini.

"Jam 10 malam tadi, tahap pencemaran tumpahan hydrocarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5ppm dan terpaksa ditutup.

"Luas masih berada di lokasi untuk memantau situasi dan mengenal pasti punca pencemaran tumpahan hydrocarbon malam tadi," katanya lagi.






0 comments:

share2