Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 14, 2014

BENTONG: LIGA SUKAN UNTUK SEMUA


BENTONG - Satu kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Bentong 2014 telah diadakan di Gelanggang Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong Sabtu lepas. Kejohanan yang melibatkan pertandingan futsal, bola sepak, bola jaring, ping pong, takraw, hoki dan bola keranjang telah menarik lebih seribu orang peserta untuk menyertai kejohanan ini.








Menurut En Imran bin Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong, "Kejohanan ini bertujuan mencari bakat sukan baru dan memberi peluang kepada golongan belia untuk menunjukkan kehandalan mereka didalam sukan.  Selain itu ianya juga bertujuan menggalakkan aktiviti bersukan didalam masyarakat."





Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Negeri Pahang, Tuan Haji Kamarulzaman Hassan bin Mansur dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong, En Ahmad Nilhakim bin Abdul Rahim.

0 comments:

share2