Kuantan - Seorang lelaki bertindak mengugut untuk membunuh ibu serta anggota keluarganya yang lain di sebuah rumah di bandar Raub petang semalam selepas permintaannya untuk mendapatkan wang sebanyak RM20 tidak dipenuhi.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian pada kira-kira 4 petang semalam, lelaki berusia 20 tahun yang tidak bekerja itu dilapor tiba-tiba berang dan naik angin setelah ditegur ibunya.
"Lelaki itu, yang merupakan seorang penghidu gam, tidak berpuas hati setelah ibunya yang berusia 50 tahun hanya memberikan RM10 dan menegur suspek supaya menghentikan tabiat buruknya menghidu gam.
"Suspek kemudian tiba-tiba mengamuk dan mengugut untuk membunuh ibu serta anggota keluarganya yang lain sebelum meninggalkan rumah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata bimbang dengan kejadian itu, wanita terbabit menceritakan kejadian berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Raub.
Suspek kemudian ditahan lewat petang semalam selepas pulang ke rumahnya.
0 comments:
Post a Comment