Semalam (25hb. September 2014) Yb. Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merasmikan 'Hari Terbuka Dan Keusahawanan Politeknik METrO Kuantan'.
Antara lain beliau menyatakan bahawa pelancongan dan makanan tidak dapat dipisahkan dan saling berkait rapat. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia harus mampu menawarkan makanan yang benar-benar halal tanpa was-was kerana negara kita jadi kunjungan umat Islam serata dunia.
Menurut sumber Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pada tahun 2013 kira-kira 23% pelancong yang mengunjungi Malaysia adalah dari negara-negara Islam.
Malaysia kini merupakan satu-satunya negara Islam dan negara kedua di Asia yang berada dalam kelompok 13 teratas senarai destinasi popular dunia.
Peranan Malaysia sebagai Hub Halal antarabangsa juga menyakinkan pelancong dari negara-negara Islam untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk mereka lawati.
Yb. Dato' Mohd Sharkar menyifatkan bahawa adalah bertepatan apabila Poliklinik METrO Kuantan menawarkan program Pengurusan Pelancongan dan Program Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) bagi menyokong tenaga kerja dalam bidang pelancongan dalam menghasilkan graduan yang dapat memenuhi keperluan mengikut keperluan pasaran.
Sebelum itu beliau sempat melawat gerai-gerai perniagaan dan pameran yang disediakan sepanjang program Hari Terbuka Dan Keusahawanan Politeknik METrO Kuantan pada 25hb dan 26hb September 2014 yang bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
0 comments:
Post a Comment