Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 26, 2014

A5 MODEL TERBARU SAMSUNG


Model yang dikenali sebagai Galaxy A5 (SM-A500F) ini akan menjadi salah satu model telefon pintar Samsung dibawah nama siri A. Daripada gambar yang dikeluarkan, ianya mengekalkan kerangka besi sepertimana dengan model Galaxy Note 4 yang terbaru. Menurut sumber Sammobile, rangka ini mungkin bukan diperbuat daripada besi sebaliknya material yang mempunyai rasa seakan akan sama seperti besi apabila disentuh.


Untuk model ini, ianya mungkin bersaiz 5" dengan paparan Super Amoled HD, dimana ianya lebih besar sedikit daripada model Galaxy Alpha. Telefon ini mengunakan prosessor Qualcomm Snapdragon 400 dan mempunyai saiz storan sebanyak 16GB. Ianya juga mempunya kamera dengan 13 Mega Pixel dan kamera hadapan bersaiz 5 Mega Pixel.


Samsung bakal mengeluarkan lebih banyak model telefon pintar dengan kerangka besi selepas mereka mengeluarkan model Galaxy Alpha dan Galaxy Note 4.

Berdasarkan gambar yang diberikan, Galaxy A5 ini berkemungkinan mempunyai rekaan yang tidak membenarkan bahagian belakangnya dibuka. Turut dilaporkan, Galaxy A5 ini menggunakan bateri bersaiz 2,330mAh. Bilakah ianya akan dilancarkan, sama samalah kita tunggu. - SUMBER

0 comments:

share2