Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 24, 2014

AZMIN TELITI PERJANJIAN KONSESI AIR SELANGOR

Azmin mahu teliti perjanjian konsesi air Selangor


KLANG: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memohon masa untuk beliau meneliti semula perjanjian yang telah diputuskan semasa di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Antara perjanjian itu termasuk perjanjian Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mengenai konsesi air negeri Selangor.

"Saya akan berjumpa dengan semua ketua jabatan berkaitan yang diketuai Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk taklimat terperinci untuk melihat semua perjanjian termasuk perjanjian konsesi air dan beri saya peluang untuk melihat maklumat yang dimuktamadkan," kata Azmin ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.40 pagi ini.

Azmin, bagaimanapun berkata beliau tidak akan mendedahkan butiran mana perjanjian.

Abdul Khalid sebelum ini telah menandatangani perjanjian induk pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bersama Kerajaan Persekutuan tanpa membincangkannya dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.





0 comments:

share2