Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 20, 2014

PIALA MALAYSIA: PAHANG KUKUH CENGKAMAN, KELANTAN KEMBALI GARANG



Kuala Lumpur: Pahang mengukuhkan status selaku pendahulu Kumpulan A selepas gah mengatasi kelab Singapura, Lions XII 2-1 dalam saingan Piala Malaysia 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.

Kemenangan penting itu membantu skuad Tok Gajah pimpinan Zainal Abidin Hassan kekal di tempat teratas dengan bekalan enam mata hasil daripada dua perlawanan.

Dua gol dijaringkan pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-12 dan Mohd Fauzi Rozlan (m-87) manakala gol tunggal pasukan tuan rumah disumbangkan Mohamad Faris Ramli pada minit -minit terakhir permainan.

Dalam satu lagi saingan kumpulan sama, FELDA United menundukkan Johor Darul Ta'azim II (JDT11) 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Skuad 'The Fighters' memperoleh jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit kelima, Edward Junior Wilson (m-31) dan Shahrulnizam Mustapa (m-69) manakala JDTII meraih dua gol melalui sepakan penalti oleh Mohd Zaquan Adha (m-47) dan Shafiq Shaharudin (m-61).

Sementara itu, naib juara Piala Malaysia 2013, Kelantan mencatat kemenangan pertama selepas membenam Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu.

Skuad 'The Red Warriors' membuka jaringan menerusi Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-10 selepas menerima hantaran kapten pasukan Mohd Badri Radzi.

Francis Forkey Doe meledakkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 selepas Ahmad Fakri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Fakhrul Radzi Yaacob.

Ahmad Fakri muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-87 sementara Pulau Pinang meraih gol tunggal menerusi Muhd Rafiuddin Rodin pada minit ke-59.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pasukan Johor Darul Ta'azim (JDT) terikat seri tanpa jaringan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 


KEPUTUSAN DAN KEDUDUKAN

KUMPULAN A

Lions XII 1  Pahang 2

FELDA United FC 3  JDT II 2

                            P M S K J B Mt

Pahang                 2  2  0 0  6 1  6

FELDA United     2  1  1 0  3 2  4

Lions XII              2  0  1 1  1 2  1

Johor DT II           2  0  0 2  2 7  0


KUMPULAN C

JDT 0   ATM 0

Kelantan 3   P Pinang 1


                           P M S K J B Mt

Johor DT             2  1 1  0 1 0  4

Kelantan              2  1 0  1 3 2  3

ATM                   2  0 2  0 1 1  2

Pulau Pinang        2  0 1  1 2 4  1

0 comments:

share2