Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 18, 2014

MH17 - 22 JENAZAH DIHANTAR PULANG KHAMIS INI


MH17

The Hague - Sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.

Beliau berkata proses dokumentasi kesemua 22 jenazah itu dijangka diselesaikan pada Selasa ini termasuk memastikan kesemuanya menjalani proses pengurusan jenazah dan memperoleh kelulusan kerajaan Netherlands sebelum boleh dibawa pulang.

"Sehingga Sabtu (lepas), (urusan melibatkan) 18 keranda sudah selesai dan hanya empat bekas abu (mayat mangsa) sahaja belum diuruskan yang perkara ini kita jangka disempurnakan pada Selasa ini.

"Jadi, kita merancang untuk membawa balik kesemuanya pada tengah hari Khamis ini (dari Netherlands) dan dijangka tiba (di Malaysia) pada Jumaat ini," kata Wee kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di sini pada pagi Ahad.

Wee berkata kerajaan akan cuba membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat dan ia bergantung kepada proses pengurusan jenazah dan kelulusan kerajaan Netherlands.

0 comments:

share2