Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 24, 2014

MENINGKATKAN PENDAPATAN DAN MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP







Kuala Lipis - Kesejahteraan Rakyat adalah agenda utama kerajaan.  Lebih 30 inisiatif bajet diberikan perhatian dalam perlaksanaannya, antaranya adalah mengurangkan kos sara hidup rakyat bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama yang tinggal dibandar-bandar. Dalam hal itu, kerajaan berusaha mengimbangkan diantara permintaan dan pengeluaran. 

Demikian dinyatakan oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan, Menteri Kewangan 2 ketika diwawancara sejurus selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini semalam (23hb. Ogos 2014).

Dalam sektor perikanan, ikan sangkar (yang ditenak) hanya menyumbang kepada 20% bekalanan ikan negara sementara 80% lagi adalah adalah yang ditangkap dilautan dimana para nelayan hanya mampu membuat tangkapan selama 9 bulan dalam setahun manakala 3 bulan lagi tangkapan tidak dapat dilakukan akibat masalah cuaca. Itu membuatkan pendapat para nelayan berkenaan merosot serta harga ikan juga melambung pada bulan-bulan tertentu.

Kerana itu kerajaan dibawah Kementerian Pertanian berusaha untuk menambah pengeluaran ikan dengan menambah pengeluaran ikan sangkar yang mana akan dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan serta meningkatkan pendapatan nelayan.

Selain itu, peranan agensi seperti NAFAS, FAMA dan LKM akan diperkemaskan supaya hasil perikanan dan pertanian dapat sampai terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah agar dapat mengawal harga jualan dipasaran bagi tujuan mengawal kos sara hidup.



DS Husni bersama Ketua dan Timb. Ketua UMNO Bhg. Lipis.





0 comments:

share2