Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 20, 2014

MARAN : SUKARELAWAN KOMUNITI MAIN PERANAN AGEN PERUBAHAN

Artikel dan Foto oleh: Abadi Romeo




Maran, 16.8.2014 - "Sukarelawan perlu tampil menyahut seruan kerajaan dengan menjadi agen kepada perubahan bagi membentuk amalan sihat dikalangan masyarakat.Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan melaksanakan pelbagai program bagi mencapai objektif membentuk komuniti sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat.

Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mendekati masyarakat untuk advokasi, pendidikan dan meperkasakan mereka kearah menjadikan hidup sihat sebagai satu cara khusus."ujar Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Kerjaan Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul di Majlis Pelancaran Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) di Felda Jengka 3 Maran Pahang.

Setakat ini 10 orang penduduk bagi setiap kg yang terpilih akan dilatih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Sukarelawan dengan bantuan KEMAS .Mereka ini akan menjadi agen kepada masyarakat dengan memberikan maklumat gaya hidup sihat, diabetis, darah tinggi, penyakit tidak berjangkit, obesiti dan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan yang berkaitan.

Pelbagai acara diadakan sempena pelancaran KOSPEN daerah Maran seperti pemeriksaan perubatan, pameran kesihatan, pemeriksaaan papsmear, pemeriksaan klinik payudara, pertandingan mewarna dan pertandingan mencipta menu sihat. 

Turut hadir di majlis pelancaran tersebutDr fatimah Bt Abd.Majid Ketua Penolong Pengarah NCD JKN Pahang, Dr Suzana bt Kasim, Pegawai Kesihatan Daerah Maran En Hamidi Md Piah, Pegawai KEMAS Daerah Maran, En.Abd.Rahman bin Kasim Pengerusi KSPEN Jengka 3 serta penduduk sekitar.









0 comments:

share2