Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 21, 2014

KUANTAN : PENDUDUK KUALA TAHAN BANTAH PROJEK TERNAKAN STURGEON


Tunjuk perasaan aman penduduk Kuala Tahan 
di hadapan Kompleks Yayasan Pahang


Kuantan - Semalam (19hb Ogos 2014), Mesyuarat Exco Kerajaan bersedia menerima beberapa pihak. antaranya wakil penduduk kampong Kuala Tahan, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), serta wakil pihak FGV dan Wakil Syarikat dari Korea untuk mendengar taklimat dan pandangan dari semua pihak berkenaan isu ternakan ikan Sturgeon di Kuala Tahan.

Taklimat diberikan oleh pihak FGV mengenai perlaksanaan projek ternakan Sturgeon di Kuala Tahan manakala pihak MNS membangkitkan kesan perlaksanaan projek berkenaan kepada alam sekitar dan eko sistem.

Kedua-dua pihak yang ditemui selepas itu menyatakan berpuashati dengan sessi pertemuan berkenaan yang bertujuan menjernihkan keadaan dan sangat berterima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang terutamanya YAB Menteri Besar sendiri kerana sudi menjemput mereka bagi menyatakan pandangan masing-masing.

YAB Menteri Besar Pahang menasihatkan kepada pihak pemaju projek agar mengadakan sessi taklimat khusus kepada penduduk kampong Kuala Tahan bagi memberi kefahaman jelas berkenaan projek berkenaan serta turut membuat kerja-kerja amal dalam mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Taklimat berkenaan juga turut dihadiri oleh YB Dato' Wan Amizan Razak selaku ADUN Kawasan Tahan dan YB Haji Nazlan, Ahli Parlimen Jerantut.



Wakil penuduk Kg Kuala Tahan menyerahkan memorandum 
kepada YAB Menteri Besar


Wakil masyarakat Orang Asli turut menyerahkan memorandum

YAB Menteri Besar dan Ahli Parlimen Jerantut 
bergambar bersama wakil syarikat Korea


0 comments:

share2