Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 22, 2014

ADA SUARA SUMBANG MAHU PKR KELUAR PAKATAN


pkr

Shah Alam - Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, terdapat segelintir 'panglima' parti PKR yang cuba memecahbelahkan keutuhan Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor berada di tahap meruncing.

Sambil menyelar tindakan 'panglima' tersebut, Iskandar berkata, suara sumbang tersebut diumpamakan sebagai bisikan syaitan yang ingin melihat PR berpecah, namun Iskandar percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak termakan akan bisikan itu.

"Di dalam krisis Menteri Besar Selangor, kita melihat situasi yang sama apabila ada antara panglima-panglima parti yang cuba memecahkan keutuhan PR.

"Tidak ada maknanya kita berjuang jika tidak menjaga PR. Seperti yang telah saya ungkapkan pemimpin seperti Almarhum Datuk Fadzil Noor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh. Kita tidak akan mampu ke Putrajaya sendirian.

"Ada suara sumbang yang menggesa kita keluar PR atau berusaha menyingkirkan satu parti komponen. Ini adalah bisikan syaitan!

"Saya percaya Anwar dengan pengalaman beliau menempuh ranjau dan liku politik tidak akan mudah termakan dengan bisikan ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar AMK di Wisma MBSA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, 'panglima' PKR tersebut turut menyuarakan agar Selangor tidak perlu takut akan kehilangan negeri Selangor ketika PR menghadapi krisis Menteri Besar Selangor.

"Ada yang mahu Dewan Negeri Selangor dibubarkan. Ini semua adalah pemikiran sasau dan tersasar.

"PR mempunyai majoriti dua pertiga di dalam Dun Selangor. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap pengundi yang telah memberikan undi, memberikan kepercayaan dan amanah mereka kepada kita.

"Jika kita ikuti saranan yang rela kehilangan negeri Selangor atau mahu Dun dibubarkan kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka, "Ibarat berniaga buluh kasap, dapat hujung, pangkal lesap," jelasnya.

0 comments:

share2