Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 21, 2014

MEMPELAS KELUARKAN AIR SEJAK SEMINGGU LALU


Sofiah menunjukkan botol air yang digunakan untuk menadah air yang dikeluarkan oleh pokok mempelas di belakang rumahnya.

Pendang - Pokok mempelas sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak, namun di Kampung Alor Pudak pokok itu dikatakan telah mengeluarkan air tanpa henti sejak seminggu lalu.

Difahamkan pokok mempelas atau nama saintifik, Tetracera scadens (L) Merr ini, hanya mengeluarkan air dalam kuantiti yang sedikit sahaja namun di sini, akar pokok itu mengeluarkan air tanpa henti sejak seminggu lalu.

Sofiah Abd Rahman, 56, berkata, setiap hari sejak seminggu lalu, beliau memperoleh lebih tiga liter air yang mengalir dari akar pokok itu.

Menurutnya, bau air mempelas ini juga seakan nira pokok tai cuma tidak mempunyai rasa manis sahaja dan mungkin disebabkan ia tumbuh di celah-celah dua batang pokok tai itu.

“Pada mulanya saya ingin membersihkan semak di belakang rumah dan mahu membuang akar mempelas yang berdekatan sawah padi ini kerana bimbang tikus membuat sarang di situ.

“Ketika saya membuang akar-akar pokok mempelas ini, saya nampak ia mengeluarkan air tanpa henti dan kemudian saya mengambil plastik serta mengikatnya di salah satu akar yang dipotong,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sofiah berkata, kejadian itu agak berbeza kerana kelazimannya akar mempelas ini hanya mengeluarkan air sekitar setengah cawan namun pokok mempelas ini mengeluarkan air yang banyak sehingga tiga liter sehari.

“Suami saya ada mencantas akar pokok mempelas yang lain tetapi tidak mengeluarkan air langsung berbeza dengan yang ini,” katanya.

Menurut Sofiah, air mempelas ini mempunyai banyak khasiat yang tersendiri seperti batuk yang berlarutan dan memberikan tenaga untuk melakukan kerja.

“Saya ada membawa segelas air mempelas ini ke masjid kerana ramai di antara kawan-kawan yang batuk-batuk ketika menunaikan tarawih. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, mereka sembuh,” katanya.

Sementara itu, Sofiah berkata, dia setiap hari menahan air mempelas untuk disimpan bagi kegunaan mengubati penyakit.

0 comments:

share2