Barcelona: Bekas juara Eropah, Barcelona mengumumkan, hari ini bahawa kelab berkenaan sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Uruguay, Luis Suarez daripada Liverpool.
Penyerang penuh kontroversi itu yang terbabit dalam insiden menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini dalam Piala Dunia di Brazil akan hadir di Barcelona, minggu depan untuk pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani kontrak lima tahun.
Suarez akan diperkenalkan kepada media dan penyokong sebagai pemain baharu kelab gergasi Sepanyol itu.
Liverpool mengesahkan perjanjian itu menerusi laman sesawang kelab berkenaan.
“Liverpool FC mengesahkan bahawa Luis Suarez akan meninggalkan kelab selepas persetujuan perpindahan dicapai bersama FC Barcelona,” menurut kenyataan kelab Inggeris itu.
“Kami mahu berterima kasih kepada Luis dia atas sumbangan besar dan peranan dalam membantu Liverpool layak semula ke Liga Juara-Juara. Setiap orang di Anfield mengucapkan Luis dan keluarga selamat berpisah dan hadapi masa depan cerah di tempat baharu.”
Sementara itu, Suarez berkata dia amat keberatan untuk meninggalkan Liverpool untuk mencari kehidupan dan cabaran baharu di Sepanyol.
“Kelab ini melakukan segala yang terdaya untuk mengekalkan saya. Tapi bermain dan tinggal di Sepanyol - di mana keluarga saya tinggal - adalah cita-cita lama saya,” katanya dalam kenyataan disiarkan oleh Liverpool.
0 comments:
Post a Comment