Kuala Lumpur - Suasana sayu dan hiba menyelubungi majlis khas bacaan doa antara agama bagi penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17 di Akademi Malaysia Airlines (MAS) Kelana Jaya semalam.
Majlis memperingati mangsa MH17 itu dimulakan dengan tayangan video anak kapal dan penumpang, membuatkan hampir kesemua yang hadir termasuk keluarga mangsa, pemimpin agama, kakitangan MAS serta orang awam menitiskan air mata.
Majlis yang dianjurkan MAS itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Majlis itu kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa agama Islam, Kristian, Sikh, Buddha, Tao dan Hindu.
Penerbangan MH17 membawa 298 orang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, Timur Ukraine Khamis lepas.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
0 comments:
Post a Comment