Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 17, 2014

AHLI CABANG KUALA SELANGOR DIPECAT


TIAN CHUA

Shah Alam - Tindakan berani seorang ahli PKR tampil ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengemukakan aduan berhubung manipulasi proses pemilihan parti itu mengundang padah apabila Lembaga Disiplin hari ini memecat keahliannya serta-merta.

Memetik kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong, ahli PKR Cabang Kuala Selangor, Arijan Osman dikenakan tindakan tatatertib itu selepas pihaknya meneliti dan mengadakan siasatan dalaman parti.

"Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 16 Julai 2014 yang dipengerusikan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

"Lembaga Disiplin dan Biro Politik bersetuju memecat Arijan selepas beliau didapati cuba membatalkan pemilihan di Cabangnya dan memberi kenyataan media yang disiarkan beberapa media," katanya.

Pada 14 Julai lalu, Arijan membuat aduan kepada ROS berkaitan proses pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor pada 11 Mei lalu yang menyaksikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S.Manickavasagam bagi merebut jawatan Ketua Cabang.

Arijan juga dilaporkan mengemukakan aduan mendakwa berlaku penyelewengan ketika proses pemilihan Cabang Kuala Selangor dengan mengesyaki wujud penglibatan 'orang dalam' iaitu petugas pemilihan.

Selain itu juga, Arijan turut mendakwa bekalan elektrik terputus selama dua jam ketika proses pengiraan undi dibuat dan wakil-wakil calon telah dihalau ketika kejadian itu berlaku.

0 comments:

share2