Shah Alam – Yang Dipertua Pas Bera, Sulaiman Mohamad dilaporkan meninggal dunia 3.00 pagi tadi.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara itu sebentar tadi.
“Seluruh ahli Pas merasai kehilangan sebutir mutiara yang gigih memperjuangkan Islam tanpa mengira penat lelah.
“Selain dari Mudir pondok Paya Luas beliau juga banyak membimbing masyarakat memahami dan memperjuangkan hasrat bagi menegakkan Islam di Pahang khususnya,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, hari ini.
Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment