Kuantan - Bendera negeri Pahang dan bendera Persekutuan akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam.
Dalam satu kenyataan ringkas di sini, Unit Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berkata pengibaran bendera separuh tiang itu adalah titah daripada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.
Baginda memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984.
Sumber
0 comments:
Post a Comment