Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 10, 2014

KEPOK, BATU NESAN HILANG




Felda Kumai - Penduduk di sini gempar apabila mendapati dua batu nesan dan kepok di Tanah Perkuburan Islam dekat sini hilang.

Pengerusi Pembangunan Tanah Kubur, Abdullah Ismail berkata, kejadian itu disedari jam 8.30 pagi kelmarin semasa menziarahi pusara anaknya.

“Saya terkejut bila lihat kepok di cabut, dan sebahagian darinya hilang. Sementara satu lagi pusara, dua batu nesan turut dicabut.

“Melihat kejadian itu, saya menghubungi waris berkenaan dan melaporkannya kepada pihak pengurusan Felda kerana bimbang ia berterusan pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengurus Felda berkenaan, Jamil Hamid berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan akan mengadakan rondaan berkala di kawasan perkuburan ini agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Katanya, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sejak tanah rancangan ini dibuka, namun meminta agar penduduk tidak berfikiran negatif mengenai perkara ini.

“Waris sudah membuat laporan polis, dan saya percaya, mungkin ini tindakan individu di bawah sedar,” kata beliau.

Seorang waris, Rabiah Husin, 55 berkata dia terkejut dengan kejadian yang menimpa pusara arwah anak sulungnya itu.

Menurutnya, semasa kejadian, dia bersama suami berada di Putrajaya, dan hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan anaknya.

“Saya sedih bila tengok kubur anak saya jadi begini. Saya tidak pasti apa motif mereka buat begini tetapi saya harap ia tiada kaitan dengan hal-hal yang menyimpang dari agama Islam,” kata beliau.

0 comments:

share2