Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 14, 2014

WIFI PERCUMA: ADUN PAS PUJI USAHA KERAJAAN

Kuala Terengganu - Usaha Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar (Wifi) secara percuma kepada masyarakat seluruh negeri mendapat pujian wakil rakyat Pas.

Ariffin Deraman (Pas-Alor Limbat) turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang melaksanakan kelas maya dengan pengagihan E Book kepada murid sekolah rendah.

"Memang kita puji usaha ini," katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Kemudahan Wifi membabitkan peruntukan RM30 juta itu akan disediakan di 600 lokasi strategik seluruh negeri secara berperingkat. Kadar penembusan jalur lebar di Terengganu ketika ini mencapai 57.3 peratus.

0 comments:

share2