Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 5, 2014

UMNO TEMERLOH TAJA TUTOR UNTUK 63 SEKOLAH




Temerloh - UMNO Bahagian Temerloh menaja sisipan Tutor keluaran Utusan Malaysia berjumlah RM23,434 untuk diedarkan kepada 63 buah sekolah di sekitar daerah ini, bermula minggu depan.

Tajaan itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd., Saifudin Sarmin dalam program Ramah Mesra Warga Pendidik Parlimen Temerloh Bersama Pemimpin di Bangunan UMNO Bahagian di Mentakab di sini kelmarin.

Mohd. Sharkar berkata, sisipan ini memudahkan pelajar sekolah mengulangkaji pelajaran selain dijadikan akhbar contoh dalam topik perbincangan pembelajaran mereka.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri menambah, selain itu, pelajar dapat mengikut perkembangan isu-isu semasa kerana mereka sering didedahkan pelbagai maklumat menerusi media alternatif.

"Sisipan Tutor ini baik kepada pelajar untuk menjawab soalan yang disediakan sambil boleh berbincang dengan guru masing-masing jika mereka tidak memahami sesuatu mata pelajaran," katanya di sini. Yang turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah, Ab. Rahman Halib.

0 comments:

share2