Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 16, 2014

TIMBALAN MENTERI DICULIK




Kabul - Timbalan menteri Afghanistan dan pemandunya diculik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam.

Jurucakap polis Kabul, Hashmatullah Stanikzai mengesahkan kejadian itu berkata, timbalan menteri untuk kerja-kerja awam Ahmad Shah Waheed diculik lelaki bersenjata sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) di sekitar kejiranan Khairkhana di ibu negara.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan pasukan polis telah melancarkan misi mencari bagi menyelamatkan mereka,"katanya.

Difahamkan menurut laporan AFP, penculikan individu kaya untuk mendapatkan wang tebusan merupakan perkara biasa di negara terbabit.

0 comments:

share2