Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 14, 2014

TIGA LELAKI DITEMUI LEMAS DI BATU CAVES



Kuala Lumpur - Tiga lelaki ditemui lemas di sebuah tasik berdekatan Bulatan Batu Caves di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dua mayat pertama ditemui terapung oleh orang awam sebelum dikeluarkan pada kira-kira 6.15 petang.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.30 petang dan tiba 10 minit kemudian.

"Mayat ketiga ditemui pihak kami sendiri pada 8 malam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata dokumen pengenalan diri yang ditemui pada ketiga-tiga mangsa menunjukkan mereka berumur sekitar 30-an.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai kejadian itu dan identiti mangsa akan dimaklumkan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Zakaria bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat sama ada mangsa lemas itu mempunyai kaitan dengan operasi dadah yang dilakukan di kawasan itu.

Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa yang ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

Semua mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. 

0 comments:

share2