Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 6, 2014

ROMPIN: PESANAN TERAKHIR SEBELUM LEMAS




Rompin – Pesanan seorang nelayan yang menyuruh isterinya menggantikan pintu rumah yang rosak merupakan kata-kata terakhir sebelum mangsa, Kamarudin Omar, 54, yang merupakan penduduk Kampung Sungai Puteri ditemui lemas selepas terjatuh dari bot pukat tunda yang dinaikinya, petang kelmarin.

Selain itu, menurut isteri mangsa, Rohayu Abdullah, 36, suaminya itu juga berubah menjadi pendiam dan tidak memaklumkan bahawa dia akan turun ke laut.

“Saya rasa sedih dan terkilan atas apa yang berlaku kerana tidak sangka perubahannya yang menjadi pendiam sehingga tidak memaklumkan dia akan turun ke laut itu bagaikan satu petanda dia akan meninggalkan kami.

“Selain itu, dia (Kamarudin) juga ada membelikan susu untuk anak saudaranya dan berpesan kepada saya yang menyuruh saya supaya menukar pintu rumah yang rosak,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Rohayu reda dengan apa yang menimpa suaminya itu namun bimbang dengan keadaan anak lelaki tunggalnya, Mohd Azwan Kamarudin, 10, yang seperti tidak dapat menerima bahawa bapanya sudah tiada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mangsa menaiki bot pukat tunda dari jeti Tanjung Gemok melalui Kuala Sungai Endau bersama tiga lagi rakannya sekitar jam 3.30 petang kelmarin dan sejam kemudiannya rakan mangsa mendapati mangsa sudah tiada di atas bot.

“Operasi mengesan yang dilakukan oleh pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa kira-kira jam 7 petang pada hari yang sama.

"Mayat dibawa ke jeti Tanjung Gemok dan dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat,”

0 comments:

share2