Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 15, 2014

POLIS SAHKAN SITA TELEFON BIMBIT TIAN CHUA




Kuala Lumpur - Polis mengesahkan pihaknya telah menyita telefon bimbit milik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi Bernama hari ini berkata telefon bimbit Naib PKR itu disita untuk membantu polis menyiasat kes di bawah Akta Hasutan 1948.

"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur," kata Khairi.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian Chua sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit.

"Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan, namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi.

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 15, 2014 at 5:05 PM

    Cina bukit ni pada dulu lagi dah tumbuh tanduk,tapi PDRM buat tak tau je. Itu yg buat aku berbulu sampai lebat bulu macam monyet. Cina bukit ni adalah spesis komunis yg kerjanya menghasut. Patutnya cina ni dah di hantar balik ke negara asal dia. Malaysia adalah tempat org melayu sahaja,bukan tempat cina komunis.

share2