Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 6, 2014

MH370: ISYARAT BELUM DAPAT DISAHKAN




Perth - Carian MH370 di Lautan Hindi semalam telah membawa kepada penemuan satu isyarat elektronik di bawah permukaan laut namun sehingga kini tiada sebarang maklumat berkenaan isyarat tersebut dapat disahkan oleh pihak pasukan siasatan.

Isyarat elektronik itu telah dikesan oleh kapal dari China, Haixun 01 yang turut serta membantu dalam mencari MH370.

Dalam pada itu, sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal akan membantu meneruskan usaha mencari pada hari ini.

Pihak berkuasa AMSA telah menetapkan tiga kawasan carian berasingan yang berkeluasan kira-kira 216,000 kilometer persegi.

"Cuaca hari ini dijangka baik dan pasukan mencari akan mempunyai jarak penglihatan sejauh 10 kilometer," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan dilaman web rasmi JACC.

0 comments:

share2