Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 6, 2014

MH370: HARAPAN UNTUK HIDUP MASIH ADA





Kuala Lumpur - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kebarangkalian bagi penumpang untuk terus hidup masih ada.

Menurutnya selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut untuk hidup masih ada.

"Ini adalah harapan buat keluarga penumpang dan pesawat tersebut, walau apa jua keadaan kita perlu terus mengandaikan bahawa mereka masih hidup, walau pun kemungkinan tersebut tipis," katanya.

Justeru, beliau merayu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang andaian berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pesawat MH370 hilang di Lautan Hindi.

"Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi, bukannya terhempas di Lautan Hindi.

"Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan cepat mempercayai sebarang khabar angin berhubung dengan kenyataan beliau," katanya lagi.

1 comments:

  • QalamQabut says:
    April 6, 2014 at 1:24 PM

    Kenapa pasukan SAR sibuk dengan alat2 canggih nak cari black box di dasar lautan? Apa dah jadi dengan pesawat?

    Najib cakap: ... This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

    Adakah MH370 mendarat dengan selamat di Lautan Hindi dan penumpang dah dipindahkan ke kapal atau kapal selam? Itukah harapan yang ingin diberi oleh Hisham?

    Aku harap Malaysian Authority shut up dalam isu ini. Biar pihak lain pujuk hati2 yang terluka itu.

share2