Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 17, 2014

MAYAT OKU DITEMUI DALAM KOLAM KELAB GOLF

Butterworth - Mayat seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui di kolam Kelab Golf Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, mayat M Perumal, 47, itu ditemui oleh seorang anggota TUDM yang membuat rondaan di kolam berkenaan pada pukul 8.50 pagi.

"Anggota tentera itu memaklumkan kepada pegawainya sebelum menghubungi polis. Polis menemui kad pengenalan mangsa dan kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memaklumkan lelaki itu mempunyai masalah lembam," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sendiri itu sering masuk dan keluar dari padang golf TUDM Butterworth bagi mengutip bola golf untuk dijual sebagai bola terpakai.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

0 comments:

share2