Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 2, 2014

LYNAS JADI SASARAN FUZIAH SEMPENA PEMILIHAN PKR

Gambar hiasan


Menjelang pemilihan PKR, YB Fuziah mencari publisiti lagi. Kali ini atas kemalangan dan kesusahan orang lain apabila sebuah lori yang memunggah bahan cecair milik Lynas menghumbankan tong-tong berisi cecair berkenaan ketepi jalan di Kilometer 149 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan. (Rujuk Malaysiakini 1 April, 2014)

Beberapa akhbar tempatan menjadikan insiden ini sebagai senjata untuk memburukkan Lynas dan Kerajaan sekaligus. Sama ada secara sengaja atau tidak, mereka membina satu persepsi bahawa cecair yang tumpah itu adalah bahan beradioaktif dan sangat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Gambar-gambar petugas yang mengenakan 'sut' lengkap (bagaikan angkasawan) dalam operasi pembersihan dijadikan hiasan akhbar dan portal dengan tujuan supaya rakyat merasa ianya adalah sesuatu yang sangat berbahaya bumi dan seluruh umat manusia.

Dalam satu rakaman eksklusif bersama crew 'PahangKu' tidak lama dulu, pihak Lynas telah menafikan cecair yang tertumpah itu adalah bahan yang boleh merbahayakan orang ramai dan alam sekitar. Selain itu pegawai berkenaan juga menjelaskan bahawa pihak Lynas telahpun memenuhi semua keperluan yang kerajaan perlukan sama ada dalam penyediaan bahan serta urusan penghantaran (Klik Sini)

YB Fuziah juga mendakwa bahan berkenaan tidak mendapat kebenaran untuk dieksport dari Jabatan Alam Sekitar, namun umum tahu bahawa urusan mengeksport bahan berkenaan adalah dibawah bidangkuasa MITI dan MIDA.

Soal mengeksport sesuatu bahan melalui mana-mana pelabuhan mungkin juga atas pertimbangan kos dan adalah wajar selagi pihak Lynas tidak tertaklok kepada apa-apa perjanjian lain yang mewajibkannya mengeksport melalui pelabuhan-pelabuhan tertentu.

Nampaknya YB Fauziah masih ingin menjadi juara dalam isu Lynas ini terutama sekali ketika menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi dimana beliau juga akan bertanding antara jawatan tertinggi parti.

Berikut beberapa rakaman video klip yang ada kaitan dengan Lynas bagi memberikan kefahaman dan pencerahan kepada rakyat supaya tidak dengan mudah mereka mempercayai segala rohmahan yang berniat jahat untuk memurukkan kerajaan demi kepentingan politik pihak tertentu;








Klik sini untuk menonton youtube Discovering Rare Earth Documentary.


Editor.

0 comments:

share2