Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 6, 2014

LELAKI FITNAH ROSMAH MANSOR BERJAYA DITANGKAP



Kuala Lumpur 6 April - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 6, 2014 at 9:29 PM

    apa lagi, bagi dia maximum penalty,..biar rakyat sedar Negara kita ada undang undang, dan kita semua bukan dilahirkan bebas untuk berbuat apa saja, bukan manusia ini di jadikan tuhan untuk jadi samseng sehingga boleh mengatasi aturan dan adab yang telah ditetapkan allah...lets punish him to the maximum..enough is enough..

share2