Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 26, 2014

LAPORAN AWAL MH370 KELUAR MINGGU DEPAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi dialog selepas merasmikan Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini. Sidang kemuncak yang bertemakan 'Memacu Ekonomi Malaysia: Meneliti Punca Utama' itu merupakan anjuran Bernama dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Kuala Lumpur - Dapatan awal berhubung kehilangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya semalam.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara laut China selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia didapati melencong daripada laluan asalnya, di sepanjang dua koridor - koridor selatan yang merentas dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Apabila analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200, bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Awal bulan ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjanji bahawa sebarang data yang akan dijumpai selepas ini daripada kotak hitam pesawat itu akan dimaklumkan kepada orang ramai.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata mereka telah menghantar laporan awal berhubung insiden itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah badan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi penerbangan global.

Sementara itu, dalam temu bual eksklusif dengan pakar penerbangan stesen penyiaran CNN Richard Quest, Najib berkata tiada apa yang memalukan Malaysia dalam laporan itu.

"Saya hanya mahu pasukan ini melaluinya namun atas nama ketelusan kami akan mengeluarkan laporan itu minggu depan, kami akan mengeluarkannya," katanya.

Ketika ditanya berhubung apa yang membuatkan beliau begitu yakin dengan data Inmarsat, Najib berkata: "Apabila saya bertemu pasukan (mencari dan menyelamat) nak tahu, mereka merupakan pakar-pakar terpenting dalam industri penerbangan, seperti yang anda tahu, mereka memang pakar.

"Saya tanya mereka, kamu yakin. Saya tanya mereka berulang kali, kamu yakin dan jawapannya " kami pasti seperti apa yang kami yakin", katanya.

Najib berkata insiden MH370 adalah berbeza daripada insiden Air France dan Silk Air.

"Ini benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini. Apa yang kami ada untuk kami? Apakah buktinya? Buktinya semata-mata bersandarkan kepada (bunyi) ping, yang kami analisis. Itu sahaja yang kami ada," katanya.

0 comments:

share2