Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 21, 2014

KERETA TERJUNAM DALAM GAUNG




Palong - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terhumban ke dalam gaung sedalam tiga meter dekat jalan Felda Palong 7 dan 8 di sini pagi, semalam.

Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Mohd Fahmi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.36 pagi.

“Namun ketika anggota kita tiba di lokasi mangsa yang berumur lebih kurang 40-an sudah dikeluarkan hasil bantuan orang ramai.

"Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan.

“Hasil siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan dari Felda Palong 7 dan 8 menghala ke Bahau," katanya.

0 comments:

share2