Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 17, 2014

DUA WANITA CEMAS, KERETA TIBA-TIBA TERBAKAR




Tumpat - Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terbakar di Kampung Kubang Sawa, Chabang Empat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Norfardiana Mohammad, 31, bersama adik iparnya, dikenali sebagai Sarah, dalam perjalanan ke Hospital Tumpat untuk melawat saudara yang baru melahirkan anak.

Norfardiana berkata, kereta jenis Toyota GL yang dinaiki itu meragam apabila beberapa kali mati ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit.

“Saya rasa tidak sedap hati apabila kereta dipandu Sarah, mati tiba-tiba beberapa kali.

“Sebaik tiba di Kampung Kubang Sawa, kami mengambil keputusan berpatah balik ke rumah di Kampung Lubuk Durian,” katanya.

Menurutnya, dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba kereta tersebut berasap di bahagian enjin.

"Sarah terus berhentikan kereta di bahu jalan dan kami segera keluar kerana khuatir berlaku letupan.

"Beberapa minit kemudian, muncul api dari bahagian depan kereta dan merebak ke bahagian lain," katanya.

Norfardiana berkata, mereka yang panik tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan diri.

Ketua Balai Bomba Tumpat, Raja Arisan Raja Semail berkata, dua jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.41 petang.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

0 comments:

share2