Papua New Guinea 20 April - Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter melanda negara ini semalam sehingga mengakibakan amaran tsunami dikeluarkan terhadap negara-negara di sekitar kepulauan Pasifik dan Kepulauan Solomon, tetapi tiada laporan kerosakan dinyatakan.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 68 kilometer barat daya Panguna di pulau Bougainville.
Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik kemudiannya membatalkan amaran tsunami untuk Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, selain tiada sebarang ancaman melibatkan Australia dan mana-mana tempat yang berhampiran dengan Lautan Pasifik.
0 comments:
Post a Comment