Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 6, 2014

10 DIKHUATIRI HILANG DI BUKIT BROGA




Kuala Lumpur - Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga di sini, pagi semalam. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi. 

"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian. 

"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam. 

0 comments:

share2