Sehingga artikel ini ditulis, pesawat MH370 yang hilang masih belum ditemui. Pemangku Menteri Pengangkutan pagi tadi mengesahkan bahawa pesawat terbabit berada dalam keadaan baik dan selamat untuk diterbangkan.
MH370 berlepas dari KLIA jam 12.41 malam dan dijangka tiba di Beijing, China jam 6.20 pagi namun terputus dari radar jam 1.30 pagi diperairan Kota Bhahru, Kelantan dikedudukan 6*55'4"U dan 103*34'43"T dilaut yang berkedalaman sekitar 100 meter.
MH370 sudah 152 jam tidak ditemui. Menurut pakar kemalangan udara, waktu yang dijangka selamat dalam kejadian kemalangan pesawat udara adalah 72 jam. Justeru hakikatnya untuk menermui penumpang masih dalam keadaan selamat adalah satu keajaiban. Bagaimanapun pihak berkuasa masih meneruskan operasi SAR (Mencari dan Menyelamat).
Terlalu banyak andaian mengenai kehilangan pesawat MH370 itu. Ada yang mengaitkannya dengan konspirasi isu politik semasa tanah air yang ingin menekan kepimpinan DS Najib selaku Perdana Menteri.
Rakyat dinasihatkan agar tidak mudah percaya kepada segala khabar angin dan terus memberikan sokongan dan kepercayaan pihak berkuasa dalam mengendalikannya.
Kerajaan sedang bertungkus-lumus berusaha untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat secepat mungkin dengan menemukan pesawat MH370 yang hilang itu. Bantuan dan kepakaran seluruh dunia diterima bagi membantu usaha berkenaan termasuk dari AS dengan segala peralatan canggihnya, justeru sebarang kegagalan yang terpaksa di hadapi janganlah dengan mudah kita menyalahkan kerajaan kerana kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin dengan segala daya upaya.
Hakikatnya adalah kemalangan sebegini boleh berlaku dimana sahaja dan kepada mana-mana kerajaan sekalipun dan kegagalan juga dialami oleh negara besar dan maju sebelum ini, jadi janganlah cepat dan mudah percaya bahawa kerajaan kita lemah dalam mengendalikan kes MH370 ini.
Kerajaan dan kepimpinan mesti terus diberi kepercayaan. Tidak ada sebab kepimpinan dicemuh kerana kegagalan yang sememangnya tiada negara yang mampu melakukan yang lebih baik dan tiada siapa yang mampu mengatasi kuasa Allah.

Memang mudah bagi pembangkang mencemuh usaha yang telah kerajaan lakukan, namun pembangkang sendiri pun gagal berperanan dengan baik bahkan moral pemimpin mereka pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka sendiri tidak akan menjadi lebih baik dari kepimpinan yang ada waktu ini.
Editor.
0 comments:
Post a Comment