Bera: Disebalik kerisauan dan debaran menanti kepulangan insan tersayang, ada pihak didakwacubamengambil kesempatan.
Tidak tahan mendengar dakwaan itu, Normah Jaafar tampil membuat penjelasan.
Normah, 56 tahun, merupakan ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri Selamat, 29 tahun, salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang.
Jelas Guru Tadika Kemas diBandarBera ini, penjelasan dibuat kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh.
“Saya rasa tidak senang dengan keadaan begini apabila ada orang lain mengaku dia ibu kandung anak saya. Saya tak redha orang buat begini kepada saya. Saya ibu kandung Mohd Khairul Amri, saya boleh tunjuk surat beranak dia. Saya mengandungkan dia, saya yang melahirkan dia dan saya yang membesarkan dia,” kata Normah.
Abang Mohd Khairul Amri, Adib Adli Syam Selamat, 35, mahu pihak terlibat menghentikan sebarang dakwaan yang dibuat.
Adib mendakwa, ada pihak terlibat cuba mengambil kesempatan ketika mereka berdepan situasi mencemaskan ketika ini.
Penjelasan tersebut diharap dapat memperbetulkan semula keadaan.
Pesawat MAS MH 370 yang membawa Mohd Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal keBeijing, China hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Bbegitu ceritanya ya...patutlah buat pengkisahan tentang anaknya di TV3 tadi...macam2 hal orang ni ya...saat orang lain susah hati ada juga yg nak buat2 sibuk ya...
Dunia sekarang ni Paridah, semuanya mungkin... ada yg niat nak cari nama dn ada yg nak merosakkan nama baik org lain. ada yg merasa dn menghasut semua org lain buat tak betul dan hanya dia sahaja yg betul.. terima kasihlah Faridah oiii kerana sudi bnyk kali dtg dn memberi pendapat disini... dtglah lagi...
- Editor