Putrajaya 19 Mac - Kebanyakan maklumat di dalam simulator pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini dalam proses siasatan polis telah dipadamkan sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing 8 Mac lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walau bagaimanapun pihak polis menggunakan kaedah forensik untuk mendapatkan semula segala maklumat serta data yang telah dipadam itu.
"Apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk menuduh Kapten Zaharie atau memberi tekanan kepada keluarga tetapi kita melakukan siasatan paling terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment