Sepang - Komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, sebelum pesawat ke Beijing itu hilang pada awal pagi 8 Mac.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media harian berkenaan perkembangan terkini pencarian MH370 hari ini, berkata
berdasarkan siasatan awal, Fariq yang menghantar mesej radio terakhir `all right, good night' pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada radar.
Beliau berkata, nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan ketika mengucapkan `all right, good night'.
Ahmad Jauhari mengulangi transmisi terakhir Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) diterima pada 1.07 pagi.
"Bagaimanapun, kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment