Bentong - Pagi tadi telah berlangsung program Le Tour De Langkawi (LTdL 2014), peringkat 5. Perlumbaan ini bermula di Karak, Pahang dan berakhir di Rembau, Negeri Sembilan dengan jarak perjalanan sebanyak 139.3 km.
Perlumbaan ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bentong,YH Dato' Toantowee B. Hj Mohd Lotfie. Turut hadir sama adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang Tuan Haji Kamarulzaman Hassan bin Mansor, Pengarah Majlis Sukan Negara Dato Seri Zolkples Embong, Emir Abdul Jalal, COO LTdL 2014, dan kakitangan awam lain.
Selain perlepasan pelumba LTdL 2014, turut diadakan adalah Senam Cergas, pertandingan basikal lambat, konvoi berbasikal Yellow Ride,persembahan silat Makrifat dan tarian kebudayaan oleh kumpulan kesenian budaya negeri Pahang.
0 comments:
Post a Comment