Hari ini sudah 9 hari pesawat MH370 hilang dan tidak dapat dikesan. Umum tahu bahawa pesawat MH370 berlepas dari KLIA jam 12.41 malam dan dijangka tiba di Beijing, China jam 6.20 pagi namun terputus dari radar jam 1.30 pagi diperairan Kota Bhahru, Kelantan dikedudukan 6*55'4"U dan 103*34'43"T dilaut yang berkedalaman sekitar 100 meter.
Tiada hubungan dari pesawat MH370 membuatkan pasukan SAR (Mencari dan Menyelamat) membuat keputusan untuk mencari di lokasi dimana hubungan mula terputus, iaitu disekitar perairan Kota Bhahru, Kelantan di laut China Selatan dan kemudiannya diperluaskan. Bedasarkan kepada radar Angkatan Tentera Malaysia, kemungkinan pesawat berkenaan membuat pusingan dan mengarah kembali ke Selat Melaka adalah tinggi, maka operasi SAR turut juga dilakukan disana.
Banyak pihak menganggap kegagalan pencarian ini adalah kelemahan kerajaan, namun apakah mereka tidak sedar bahawa bukan hanya kerajaan Malaysia saja yang melakukan pencarian sebaliknya banyak pihak yang terlibat yang antaranya Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Singapura bahkan kuasa besar dengan peralatan canggih dari Amerika dan China juga turut serta. Justeru, kegagalan pencarian ini adalah kegagalan semua pihak.
Apa pendapat yang menyalahkan kerajaan dan MAS bulat-bulat, namun mereka memejamkan mata dan telinga apabila kita nyatakan bahawa berbanding dengan tragedi yang mengalami pesawat lain didunia, kita adalah amat sedikit.
Ada juga yang percaya bahawa kemungkinan MH370 terlibat dalam rampasan, dan PM sendiri tidak menolak kemungkinan itu namun sehingga kini masih belum ada apa-apa tuntutan yang dibuat dan belum ada pihak-pihak yang mengaku bertanggungjawab. Justeru ianya masih kekal sebagai kehilangan misteri.
Kemungkinan juruterbang juga terlibat dalam kehilangan MH370 juga belum dapat disangkal. Simulator yang ada dikediamannya memungkinnkan keupayaan beliau untuk melakukan sesuatu yang diluar amalan biasa juruterbang. Adanya laporan media sosial mengenai perpindahan keluarga beliau dari kediaman mereka sehari sebelum pesawat dilaporkan hilang menguatkan keraguan.
Kemungkinan juruterbang juga terlibat dalam kehilangan MH370 juga belum dapat disangkal. Simulator yang ada dikediamannya memungkinnkan keupayaan beliau untuk melakukan sesuatu yang diluar amalan biasa juruterbang. Adanya laporan media sosial mengenai perpindahan keluarga beliau dari kediaman mereka sehari sebelum pesawat dilaporkan hilang menguatkan keraguan.
Terdapat juga pihak yang menyebarkan khabar angin berkaitan isu konspirasi yang melibatkan pemimpin pembangkang dan pemimpin kerajaan namun kita jangan percaya kerana kita lebih percaya kepada usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh melakukannya. Andai ada berlaku konspirasi mengenai kehilangan MH370 apakah ada pihak yang mampu menutup mulut Amerika dan China yang kita sedar berbeza kepentingan antara satu sama lain?
Konon ada konspirasi besar yang beniat jahat untuk menganggu-guggat kepimpinan DS Najib, melemahkanya dan menjatuhkan reputasinya. Apakah ada pihak yang sebegitu berani dan tega 'mengadaikan' negara kepada kuasa asing? Mungkin kuasa asing inginkan seseorang untuk berdiri sebagai proksi mereka dalam penjajahan bentuk baru? Segalanya hanya Allah yang lebih mengetahui, Dia yang maha mengetahui yang di daratan dan yang di lautan, yang di langit dan yang di bumi.
Apa yang kita perlu lakukan ketika ini adalah banyakkan doa dan memohon kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan terus memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam menangani isu berkenaan. Teruskan berikan sokongan kepada kerajaan dan PM kita yang sedang menghadapi situasi sulit ini. Kita berdoa dan memohon kepada Allah dan berdiri tegap dibelakang kepimpinan Perdana Menteri kita.
Editor.
0 comments:
Post a Comment